Pada tanggal 28 Ogos 2011, tempah sebuah Alza tanpa sebarang bayaran muka. Semua tempahan dengan menggunakan internet melalui email. Hanya sertakan slip gaji dan kad pengenalan photostat. Jurujual pun tak pernah jumpa. Main percaya di awan biru saja.
Inilah syarikat yang berurusan dalam penjualan kereta dengan menggunakan internet.
Ni lah jurujual yang menggunakan internet untuk berurusan dengan laman webnya ahmadauto. Kena yakin dan percaya dengan jualan maklumkan berurusan di maya. Kita percaya kerana tidak rugi apapun klu dia tipu sebab tidak mengeluarkan sebarang wang deposit pun.
Setelah menunggu hampir tiga bulan, pada 29 Nov 2011 maka muncullah apa yang dihajati. Tunggu warna ini sikit punya lama. Klu nak cepat dia dah janji warna hitam auto tapi tak berkenan di hati.
Pada tanggal 01 Dis 2011 dengan rasa gembiranya kerana nak dapat kereta baharu. Jadi ambil keputusan naik bas sahaja. Senang terus bawa balik kereta tu. Maklumlah bukan dekat, jauh ambik dekat rumahnya di Shah Alam.
Lebih kurang jam 1.45 petang 1 Dis 2011 sampailah ke rumah dia di mana kereta itu disimpan. Naik bas turun kat Klang dan En Ahmad ambik kita orang dan bawa ke rumah dia. Setelah puas belek dan cek mana patut, lama jugalah sebab kereta baharu. Terus memandu pulang dengan hati yang puas. Puas kerana saleman percaya kat kita dan kita pun percaya kat dia.
Alhamdulillah sempat sampai rumah jam 11.57 malam pada hari yang sama. Begitulah ceritanya nak dapat sebuah Alza. Sempat test audio yang siap dipasang sesampainya di rumah. Terima kasih En. Ahmad melalui ahmadauto kerana sudi berurusan dengan saya dengan memasang dan memberi :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Coretan Kenangan
TRIP TO BANDUNG 23 - 27 FEBRUARI 2024 BERSAMA D'IRRA HOLIDAYS
-
Pada tanggal 08 April 2021 ( Khamis ) maka bersaralah saya ( Hj. Mohd Zuki ) dalam perkhidmatan Pendidikan setelah berkhidmat 35 ...
-
Catatan Kenangan Balik Kampung 2019 20 - 22 Disember 2019 Betong S ebuah daerah di selatan Thailand. Bersempadan dengan Pengkalan Hulu...















No comments:
Post a Comment