20 - 22 Disember 2019
Betong
Sebuah daerah di selatan Thailand. Bersempadan dengan Pengkalan Hulu (Kroh). Sempena kita balik kampung, kita orang pun masuk ke Pekan Betong selepas makan kenduri di Felda Nenering. Di Pengkalan Hulu kita menyewa tiga hari bekas rumah sendiri dahulu.
Kita masuk Pekan Betong pada 21 Dis 2019 ( Sabtu ) satu hari sahaja. Masuk dengan kereta masing-masing. Nak masuk Betong terpaksa ambil insuran Thai di pintu sempadan dan dikena bayaran mengikut saiz kereta.
Pintu masuk sempadan
Memorial yang terdapat di Pekan Betong
Ni pun salah satu patung ayam yang besar dan menrik untuk di ambil gambar.
Semua dinding penuh dengan lukisan.
Bangunannya pun berwarna warni.
Salah satu lorong yang terdapat di Pekan Betong. Lorong yang menuju kedai makan melayu Islam.
Salah satu motosikal popular di sana.
Makan Tengah Hari di Pekan Betong
Terima kasih Haris belanja makan tengah hari.
Pelbagai orang berkunjung ke kedai ini berpandukan lencana yang ditampalkan.
Bersama tauke kedai ambil order.
Bersama sebotol air pegaga.
No comments:
Post a Comment