MAJLIS PERSARAAN HJ. MOHD ZUKI
MAJLIS PERSARAAN
CATATAN SEBELUM BERSARA
Pada tanggal 08 April 2021 ( Khamis ) maka bersaralah saya ( Hj. Mohd Zuki ) dalam perkhidmatan Pendidikan setelah berkhidmat 35 tahun 03 bulan 07 hari. Pelbagai pengalaman dan liku2 hidup dalam perkhidmatan telah dilalui.
Setelah tamat dalam Latihan Perguruan di Maktab Perguruan Lembah Pantai ( Jan 1983 - Dis 1985 ), saya mula ditempatkan di SK. Kuak Luar, Pengkalan Hulu Perak dari 06 Jan 1986 hingga 30 Jan 1986 sekejap sahaja kerana sekolah itu lebih guru. Selepas tarikh itu bermula cerita yang panjang di SK. Keruh sehingga Dis 1997. Pelbagai kenangan manis dan pahit di sekolah itu selama 11 tahun.
Pasukan bola sepak SK. KeruhNamun selepas itu mohon kembali sekolah mula-mula dahulu memandang penempatan terdahulu terlalu singkat. Terima kasih kepada Tn. Hj. Syed Jamaludin yang sudi membuat pertukaran saya ke SKKL.
Setelah berkhidmat selama 11 tahun di SKKL, dengan berat hati memohon bertukar ke Muar. 16 Jan 2010 saya diterima pindahan dan ditempatkan di SK. Dumpar atas Jawatan Penolong Kanan Kokurikulum. Memang susah untuk masuk Muar atas jawatan GPK kerana bergantung kekosongan jawatan. Waktu mendaftar diri di SKD tersebut pun masih berlaku kekeliruan memandangkan ada dua jawatan yang sama GPK Kokurikulum. Akhirnya dapat diselesaikan dengan menukarkan GPK Pentadbiran. Selepas itu tak digerak ke mana sekolah pun walaupun dah dinaik pangkat sehingga GPK Pentadbiran. Jun 2011 menjadi GPK HEM sehingga Dis 2015. Jan 2016 menjadi GPK Pentadbiran sehingga 31 Mei 2016.
Bermulalah Jun 2016 mendaftar di IAB untuk kursus NPQEL Ambilan 2. Walaupun dalam kursus lagi, pada tanggal 16 Sept 2016, telah dilantik dalam jawatan paling tinggi dalam perkhidmatan iaitu menjadi Guru Besar di SK. Parit Bakar Darat sehinggalah bersara pada 08 April 2021.
Coretan Kenangan
TRIP TO BANDUNG 23 - 27 FEBRUARI 2024 BERSAMA D'IRRA HOLIDAYS
































