Bermula Era Nissan X-Trail

Pada tahun 2016, bermula dengan mengusya Honda HRV dan CRV, namun hati masih belum berkenan dengan tawaran dan teknologi yang ada. Namun setelah mencuba nissan x-trail maka terpaut pula terutama teknologinya. Cuba bertanya beberapa salesman dan saleswomen untuk mendapat tawaran yang terbaik terutama dari segi pembayaran pendahuluan. Namun Jonathan juga yang memberikan pengiraan dan pembayaran terbaik seperti berikut. Urusannya bermula pada 26 Julai 2016.


Setelah deposit wang tunai sebanyak RM 8,000.00 (dipinjamkan dari Isteri dan dibayar balik setelah menutup akaun koperasi Baling). Setelah menandatangani perjanjian dengan Public Bank maka pada 22 Ogos 2016 keluarlah x-trail. Waktu tak boleh ambik lagi kerana dalam masa yang sama masih belajar lagi IAB Nilai.


Pada 24 Ogos 2016 baru kereta ini didaftarkan dengan JPJ seperti nombor pendaftaran di bawah.


Lebih kurang pukul 10.00 pagi Sabtu 27 Ogos 2016 datang ke Bilik Pameran Nissan Muar bersama Perodua Alza untuk ditukarkan dengan X-Trail. Hadir untuk menandatangani perjanjian dan penyerahan serta mendengar penerangan tentang kereta tersebut.



Berikut adalah video penerangan tentang serba sedikit teknologi Nissan X-Trail yang telah disampaikan oleh Jonathan......terima kasih kerana memberi penerangan dengan detailnya.




No comments:

Coretan Kenangan

  TRIP TO BANDUNG 23 - 27 FEBRUARI 2024  BERSAMA D'IRRA HOLIDAYS