Rumah Kampung Tempat Lahirku

Rumah KampungKu Tempat Lahirku
Tarikh : 22 Disember 2019 ( Ahad )
Masa   : 09.00 pagi
Tempat :  Kampung Masjid Kuala Kuang, Mk. Kupang, 09200  Baling.


Sempena balik kampung makan kenduri di Felda Lepang Nenering, pada 22 Dis 2019 bercadang untuk balik kampung. Maklumlah lama tak ziarah adik-beradik.






Inilah keadaan rumah kat kampung yang sekarang diduduki oleh adik no 4 ( Jamaliah ) bersama suaminya. Rumah ini tempat di mana saya dilahirkan. Rumah tengah tu saya dah serah kepada adik no 3 ( Shafiee )





 Tingkat atas yang masih boleh digunakan. Tingkat atas ni jarang adik duduk. Dulu menjadi master room dan kita sentiasa berada di atas dan dikunjungi oleh sanak saudara berhanpiran untuk menonton TV.



Beginilah keadaan yang kurang tersusun tetapi masih kekal utuh lagi.


Bahagian dapur dah diperbesarkan oleh adik dengan kerjasama suaminya Mustafa.



Biasalah duduk kat kampung ni tak ketinggalan membela kucing, ayam dan kambing. Dulunya penuh binatang seperti lembu dan itik.

 Bersama anak saudara



Bergambar kenangan di kampung sebelum balik ke Muar.

Bertolak balik ke Pengkalan Hulu. Sampai terus berkemas balik ke Muar. Esoknya rumah tu ada yang nak sewa. Sampai Muar jam 02.00 pagi. Waktu balik tu jalan jem teruk.


Mengunjungi Pekan Betong

Catatan Kenangan Balik Kampung 2019
20 - 22 Disember 2019

Betong 
Sebuah daerah di selatan Thailand. Bersempadan dengan Pengkalan Hulu (Kroh). Sempena kita balik kampung, kita orang pun masuk ke Pekan Betong selepas makan kenduri di Felda Nenering. Di Pengkalan Hulu kita menyewa tiga hari bekas rumah sendiri dahulu.

             Kita masuk Pekan Betong pada 21 Dis 2019 ( Sabtu ) satu hari sahaja. Masuk dengan kereta masing-masing. Nak masuk Betong terpaksa ambil insuran Thai di pintu sempadan dan dikena bayaran mengikut saiz kereta.


Pintu masuk sempadan






Memorial yang terdapat di Pekan Betong



Ni pun salah satu patung ayam yang besar dan menrik untuk di ambil gambar.

 Semua dinding penuh dengan lukisan.
 Bangunannya pun berwarna warni.
Salah satu lorong yang terdapat di Pekan Betong. Lorong yang menuju kedai makan melayu Islam.

Salah satu motosikal popular di sana.

Makan Tengah Hari di Pekan Betong
Terima kasih Haris belanja makan tengah hari.

Ni lah kedai makannya 

Pelbagai orang berkunjung ke kedai ini berpandukan lencana yang ditampalkan.

Bersama tauke kedai ambil order.

Bersama sebotol air pegaga.



Raya 2018

Sambutan Hari Raya 2018 


Coretan Kenangan

  TRIP TO BANDUNG 23 - 27 FEBRUARI 2024  BERSAMA D'IRRA HOLIDAYS