19 - 21 JANUARI 2024
Trip kali ini adalah trip keluarga bersama Abah, Mama, Adik, NoorAin, Haris dan Lulu dengan mendapat tambah murah RM 50 pergi balik. Amira tak dapat pergi kerana lambat tempah. Cepat tutup sebab murah. Pada 19 Januari 2024 kami bertolak ke Langkawi dari KLIA2 dengan menaiki Air Asia.
Tiba di Langkawi pada 19 Jan 2024 pada jam 10.10 malam.
Keluar dari Lapangan Terbang Langkawi terus ambil kereta sewa yang diletakkan di lapangan terbang yang disewa oleh Haris.
TRIP TO KRABI
Perancangan awalnya untuk ke Surabaya namun di saat-saat akhir di tukar perjalanan ke Krabi. Ini masalah kerana pihak Indonesia tidak membenarkan terus masuk ke Surabaya. Maka pada tarikh yang sama 04 - 08 September 2022 mulalah perjalanan ke Phuket melalui Bangkok.
Catatan perjalanan seperti berikut:
HARI PERTAMA
04 SEPTEMBER 2022 ( AHAD )
* Bertolak dari rumah jam 03.15 pagi menuju KLIA menaiki kereta sendiri ( Nissan XTrail ).
* Sampai di KLIA 2 jam 05.00 pagi.
* Naik kapal terbang di gate paling hujung sekali, gate 35.
TERKESIMA DENGAN KECANGGIHAN PROTON X50
PROTON X50
Bermula pelancaran proton X50, 27 Oktober 2020 Jam 10.50 pagi maka timbullah minat untuk memiliki kereta ini. Tambahan pula sering melihat pelancaran dan pandangan penjual dan view youtube menambah minat lagi untuk memilikinya. Hasrat ini terpendam sekejap sebelum pencen.
Selepas pencen, maka terus call kat Aqilah untuk menempah kereta ini pada akhir bulan Mac. Setelah menunggu hampir sebulan, berkat kerjasama Aqilah menguruskan kereta ini maka terus dapat cepat memandang yang membuat terdahulu tidak berminat untuk menempat X50 Premium ini. Rezeki saya untuk dapat yang dipinta.
Pada mulanya ingin menempah spec yang paling tinggi sekali namun memikirkan hendak menunggu tempahan terlalu lama maka bertukar fikiran sekadar ambil yang Premium sajalah.
Setelah mendapat tahu kereta dapat cepat awal Mei 2021, terus transfer duit bayaran muka sebanyak RM 30,000.00 dengan tambahan sebanyak RM 3500.00 untuk urban pakej pada 20 April 2021 kepada akaun anak.
Pada 20 April 2021 juga transfer kepada anak, Ain untuk plate nombor JUN5665 kerana dia boleh dapatkan nombor tersebut. Untuk dapat nombor tersebut terpaksa membayar RM510.00.
Pada petang 01 Mei 2021, maka tibalah kereta yang dinantikan itu di Showroom tempat anak berkerja pada jam 18.28.
Pada petang 02 Mei 2021, jam 06.00 petang bertolak ke rumah Aqilah untuk mengambil kereta esoknya. Kebetulan anak balik ke rumah maka tumpangnya untuk ambil kereta.
Pada jam 08.46 pagi 03 Mei 2021, sampailah ke HG Automotive Sdn Bhd tempat kerja anak tersebut.
Inilah pandangan pertama kereta tersebut setelah diletakkan nombor pendaftarannya pada jam 09.30 pagi.
Pada jam 09.39 pagi, sebelum penyerahan dibuat kereta perlu disemak dan dibuat pemeriksaan oleh pekerja syarikat HG Auto.
Pukul 10.15 pagi keesokan harinya 04 Mei 2021 barulah siap untuk memasang Urban Pakej tersebut. Maklumlah banyak barang kena pasang serta banyak benda kena nak selit wayer.
Ni ha barang-barang yang perlu dipasang.
Setelah siap pasang urban pakej tadi, barulah lah kereta boleh bawa keluar. Pada pukul 10.17 pagi 04 Mei 2021 terus hantar basuh kereta supaya lebih berkilat.
Tinted dan door visor siap dipasang pada jam 01.50 tengah hari. Lepas tu terus balik ke bilik pameran di ruang penyerahan kereta. Pada jam 2.15 petang barulah siap penyerahan.
Ni saya belanja satu keping lagi gambar penyerahan kereta.
Setelah habis belek dengan tambahan door visor dan urban pakej serta minyak yang penuh tank, pada jam 2.45 petang bertolak balik ke Muar ikut lebuh raya dengan diiringi hujan yang turun. Terasa sejuk dengan aircon dan hujan kat luar, tak sedar dah sampai ke rumah pada jam 05.30 petang.
Antara ubahsuai yang telah dilakukan....
1. Tutup Lock Pintu - 24 April 2021
11. Running Board Side Step
Beli kat shopee juga dengan harga RM 175.00. Pernah patah sekali langgar anjing....ini dah kali kedua pasang yang sama.
13. Pasang Dashcam SAFECAM X800
Pada 29 Mac 2025, terima dashcam dari tittok dengan harga RM 225.00 dengan upah RM 90.00. Tiga hari dah sampai ke rumah.
14. Tukar Tayar Baharu
Pada 19 Ogos 2024, tayar asal Conti telah pecah sebelah tepi. Jadi terpaksa tukar tayar baharu dengan saiz yang sama dengan jenama TOYO.
15. Tukar Cermin Depan
Pada tanggal 08 April 2025, maka bertukarlah cermin depan setelah kian lama bertahan terkena batu kali kedua semasa balik ke kampung.
Coretan Kenangan
TRIP TO BANDUNG 23 - 27 FEBRUARI 2024 BERSAMA D'IRRA HOLIDAYS
-
Pada tanggal 08 April 2021 ( Khamis ) maka bersaralah saya ( Hj. Mohd Zuki ) dalam perkhidmatan Pendidikan setelah berkhidmat 35 ...
-
Catatan Kenangan Balik Kampung 2019 20 - 22 Disember 2019 Betong S ebuah daerah di selatan Thailand. Bersempadan dengan Pengkalan Hulu...






























.jpg)





















































