Rumah Kampung Tempat Lahirku

Rumah KampungKu Tempat Lahirku
Tarikh : 22 Disember 2019 ( Ahad )
Masa   : 09.00 pagi
Tempat :  Kampung Masjid Kuala Kuang, Mk. Kupang, 09200  Baling.


Sempena balik kampung makan kenduri di Felda Lepang Nenering, pada 22 Dis 2019 bercadang untuk balik kampung. Maklumlah lama tak ziarah adik-beradik.






Inilah keadaan rumah kat kampung yang sekarang diduduki oleh adik no 4 ( Jamaliah ) bersama suaminya. Rumah ini tempat di mana saya dilahirkan. Rumah tengah tu saya dah serah kepada adik no 3 ( Shafiee )





 Tingkat atas yang masih boleh digunakan. Tingkat atas ni jarang adik duduk. Dulu menjadi master room dan kita sentiasa berada di atas dan dikunjungi oleh sanak saudara berhanpiran untuk menonton TV.



Beginilah keadaan yang kurang tersusun tetapi masih kekal utuh lagi.


Bahagian dapur dah diperbesarkan oleh adik dengan kerjasama suaminya Mustafa.



Biasalah duduk kat kampung ni tak ketinggalan membela kucing, ayam dan kambing. Dulunya penuh binatang seperti lembu dan itik.

 Bersama anak saudara



Bergambar kenangan di kampung sebelum balik ke Muar.

Bertolak balik ke Pengkalan Hulu. Sampai terus berkemas balik ke Muar. Esoknya rumah tu ada yang nak sewa. Sampai Muar jam 02.00 pagi. Waktu balik tu jalan jem teruk.


Mengunjungi Pekan Betong

Catatan Kenangan Balik Kampung 2019
20 - 22 Disember 2019

Betong 
Sebuah daerah di selatan Thailand. Bersempadan dengan Pengkalan Hulu (Kroh). Sempena kita balik kampung, kita orang pun masuk ke Pekan Betong selepas makan kenduri di Felda Nenering. Di Pengkalan Hulu kita menyewa tiga hari bekas rumah sendiri dahulu.

             Kita masuk Pekan Betong pada 21 Dis 2019 ( Sabtu ) satu hari sahaja. Masuk dengan kereta masing-masing. Nak masuk Betong terpaksa ambil insuran Thai di pintu sempadan dan dikena bayaran mengikut saiz kereta.


Pintu masuk sempadan






Memorial yang terdapat di Pekan Betong



Ni pun salah satu patung ayam yang besar dan menrik untuk di ambil gambar.

 Semua dinding penuh dengan lukisan.
 Bangunannya pun berwarna warni.
Salah satu lorong yang terdapat di Pekan Betong. Lorong yang menuju kedai makan melayu Islam.

Salah satu motosikal popular di sana.

Makan Tengah Hari di Pekan Betong
Terima kasih Haris belanja makan tengah hari.

Ni lah kedai makannya 

Pelbagai orang berkunjung ke kedai ini berpandukan lencana yang ditampalkan.

Bersama tauke kedai ambil order.

Bersama sebotol air pegaga.



Raya 2018

Sambutan Hari Raya 2018 


TRIP TO ACHEH

TRIP TO ACHEH
bersama
WIRMA TRAVEL
13 - 16 MAC 2020

PAKEJ : RM 1550.00

HARI PERTAMA
13 Mac 2020
Bertolak dari SK. PT Setongkat pada jam 03.30pagi dengan menaiki bas menuju ke KLIA2. Berkumpul di KLIA2 pada pukul 07.00 pagi. Terbang ke Bandar Acheh pada pukul 10.15 pg dengan menaiki pesawat Air Asia QZ 270 dengan seat no. 25F.



Menaiki pesawat ke Acheh.


 Sampai di lapangan terbang Acheh pada jam 11.30 pagi.

Pemeriksaan Kastam dan Imegresen Indon.

Bersama pemandu pelancong Pak Chairil, Dr. Masri dan ketua Rombongan Cg. Sharipah.


Sepanjang lawatan ke Acheh, kami di temani oleh Pak Chairil dengan menaiki bas. Pelbagai cerita dan celoteh sepanjang lawatan tersebut. Banyak ilmu yang kami dapat dan keinsafan meruntum sanubari dengan kejadian tsunami.




Lawatan pertama kami ialah melawat Kuburan Massal di Kampung Siron. Kuburan ini menempatkan 16,718 kurban tsunami dengan kebumikan sebanyak 5 tingkat.



Makan Tengah Hari


Chek-in Hotel serta sembahyang Jamak di hotel.




Kapal PLTD Apung - kapal yang dibawa ombak tsunami sejauh 05 km dari pelabuhan. Bawah kapal terdapat dua buah rumah yang tidak tahu nasib penghuninya.

Gambar-gambar kejadian tsunami yang terdapat di kawasan kapal tersebut.


Masjid Baiturrahim - solat jamak maghrib dan isya.




Makan Malam

Bermalam di Hotel Grand Permata Hati


HARI KEDUA
14 Mac 2020
ACEH - SABANG


Sarapan pagi di Hotel. Menaiki bas ke Jeti Ulee Lheu untuk menaiki feri ke Pulau Sebang yang mengambil masa 45 minit.


Jeti Ulee Lheu






Mengunjungi Benteng Jepang



Menikmati pemandangan di Teluk Sabang



Mengunjungi Pantai Sumur 3



Tidur di Chalet Mata Ai Resort



Menaiki bot kaca yang kelihatan ikan di dasar laut Pulau Rubiah.






Aktiviti Snorkeling, driving di Pulau Rubiah 


KM O (Nol)

HARI KETIGA
15 Mac 2020
SABANG - ACHEH
Sarapan pagi di hotel dan Check Out. Peserta akan dibawa ke Pelabuhan Balohan untuk kembali ke Bandar Aceh. Setiba di Bandar Aceh, peserta dibawa ke Mosleum Shop untuk membeli belah. Lawatan diteruskan ke Escaped Buiding, Kapal atas Rumah, Masjid Raya Baiturrahman, Museum Negeri Aceh dan Gunongan.

Bertolak ke Jeti Pulau Sabang dari Chalet.

Sempat berhenti bergambar 

Menaiki Feri ke Acheh dari Pulau Sabang

Sampai kat Jeti.

Museum Negeri Aceh

Kapal atas rumah

Masjid Raya Baiturrahman 


Makan Tengah Hari 

Makan tengah hari dan Check in hotel. Selepas solat, peserta di bawa ke kedai souvenir. Lawatan di teruskan ke Kubah yang terdampar di tengah sawah.

Menaiki motosikal untuk melihat kubah di tengah sawah.

Kubah di tengah sawah.




Rumah Cut Nyak



Pantai Lam Puuk


Masjid Rahmatullah

Makan malam dan balik ke hotel.


HARI KEEMPAT
16 Mac 2020
ACHEH - KUALA LUMPUR
Sarapan pagi di hotel dan check out. Peserta dibawa ke lapangan terbang Aceh untuk penerbangan pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat QZ 271 pada jam 10.30 pagi Zone 1 seat 5F.
11.45 pg dah sampai ke KLIA2.

Bergambar di hotel sebelum menaiki bas ke lapangan terbang.


Bergambar bersama Pak Chairil ( pemandu pelancong ) di lapangan terbang sebelum menaiki pesawat Air Asia.






Menaiki pesawat Air Asia QZ 271 pada jam 10.30 pagi.



HARGA PAKEJ RM 1550 termasuk:

1. Tiket penerbangan Air Asia QZ 271
2. Air port tax pergi balik
3. Penginapan 3* / 4*
4. Makan seperti atur cara lawatan termasuk tiket masuk
5. Tour Guide
6. Tipping pemandu pelancong.

* Tidak termasuk : aktiviti bebas di Pantai Iboih.

Coretan Kenangan

  TRIP TO BANDUNG 23 - 27 FEBRUARI 2024  BERSAMA D'IRRA HOLIDAYS