CATATAN SEBELUM BERSARA


         Pada tanggal 08 April 2021 ( Khamis ) maka bersaralah saya ( Hj. Mohd Zuki ) dalam perkhidmatan Pendidikan setelah berkhidmat 35 tahun 03 bulan 07 hari. Pelbagai pengalaman dan liku2 hidup dalam perkhidmatan telah dilalui.

    Setelah tamat dalam Latihan Perguruan di Maktab Perguruan Lembah Pantai ( Jan 1983 - Dis 1985 ), saya mula ditempatkan di SK. Kuak Luar, Pengkalan Hulu Perak dari 06 Jan 1986 hingga 30 Jan 1986 sekejap sahaja kerana sekolah itu lebih guru. Selepas tarikh itu bermula cerita yang panjang di SK. Keruh sehingga Dis 1997. Pelbagai kenangan manis dan pahit di sekolah itu selama 11 tahun. 

        Pasukan bola sepak SK. Keruh 

Namun selepas itu mohon kembali sekolah mula-mula dahulu memandang penempatan terdahulu terlalu singkat. Terima kasih kepada Tn. Hj. Syed Jamaludin yang sudi membuat pertukaran saya ke SKKL. 

  

SK. Kuak Luar sebelum mendapat sekolah baharu.
 
SK. Kuak Luar yang baharu




    Setelah berkhidmat selama 11 tahun di SKKL, dengan berat hati memohon bertukar ke Muar. 16 Jan 2010 saya diterima pindahan dan ditempatkan di SK. Dumpar atas Jawatan Penolong Kanan Kokurikulum. Memang susah untuk masuk Muar atas jawatan GPK kerana bergantung kekosongan jawatan. Waktu mendaftar diri di SKD tersebut pun masih berlaku kekeliruan memandangkan ada dua jawatan yang sama GPK Kokurikulum. Akhirnya dapat diselesaikan dengan menukarkan GPK Pentadbiran. Selepas itu tak digerak ke mana sekolah pun walaupun dah dinaik pangkat sehingga GPK Pentadbiran. Jun 2011 menjadi GPK HEM sehingga Dis 2015. Jan 2016 menjadi GPK Pentadbiran sehingga 31 Mei 2016. 

Bangunan SK. Dumpar, Muar.

Barisan Peneraju SK. Dumpar sewaktu ditempatkan di SK. Dumpar 2010.

Barisan Guru SK. Dumpar terakhir sebelum memasuki IAB 


Bermulalah Jun 2016 mendaftar di IAB untuk kursus NPQEL Ambilan 2. Walaupun dalam kursus lagi, pada tanggal 16 Sept 2016, telah dilantik dalam jawatan paling tinggi dalam perkhidmatan iaitu menjadi Guru Besar di SK. Parit Bakar Darat sehinggalah bersara pada 08 April 2021. 

 
Bersama rakan sekelas NPQEL IAB Nilai SRI 5 Ambilan 2 2016

                                       

Bersama barisan NPQEL Ambilan 2 2016 dari Daerah Muar.



  Barisan Guru Besar Zon Maharani

Walaupun dalam kursus lagi, pada tanggal 16 Sept 2016, telah dilantik dalam jawatan paling tinggi dalam perkhidmatan iaitu menjadi Guru Besar di SK. Parit Bakar Darat.  Pelbagai perkara dan acara telah dilalui sehingga pencen pada 08 April 2021 ( Khamis )


Tugas pertama menjadi Guru Besar SKPBD ialah merasmikan sukan sekolah pada 08 Okt 2016

Mempengerusikan mesyuarat Guru




No comments:

Coretan Kenangan

  TRIP TO BANDUNG 23 - 27 FEBRUARI 2024  BERSAMA D'IRRA HOLIDAYS